Rabu, 8 September 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini


Confirm Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat (10.09.2010)

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.







INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE - 11 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010 ANJURAN DPMM PUSAT



YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
08.09.2010  |  Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru DPMM

Bersambung dari 07.08.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

Pada hari ini kami akan membentangkan 11 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE - 11 :

WALAUPUN ORANG MELAYU, SEBAGAI BANGSA MAJORITI, ADALAH PENDOKONG KERAJAAN, NAMUN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR KERAJAAN UNTUK KEPENTINGAN ORANG MELAYU TELAH DISELEWENG DAN DIKHIANATI AKIBAT RASUAH, PECAH AMANAH, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN KETIRISAN SEHINGGA MENGANIAYA DAN MEMINGGIRKAN ORANG MELAYU. OLEH ITU KERAJAAN DIGESA BERSIKAP TEGAS DALAM MENILAI DAN MEMANTAU TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA UNIT, JABATAN DAN KEMENTERIAN DAN APA-APA BADAN PERUNDINGAN YANG TELAH DITUGASKAN SELAKU PENASIHAT KEPADA KERAJAAN.





Utusan Malaysia Online - Terkini


Utusan Malaysia Online - Terkini


Trafik lancar walaupun kenderaan meningkat



KUALA LUMPUR 8 Sept. - Aliran trafik di beberapa laluan utama di seluruh negara berjalan lancar, ketika beribu-ribu warga kota sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing hari ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemantauan oleh Lembaga Lembaga Malaysia (LLM) dan Plus Expressway Sdn. Bhd. menunjukkan tidak berlaku sebarang kesesakan ketara walaupun jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya dan jalan utama bertambah berbanding hari-hari biasa.






SALAM AIDIL FITRI 1431H DAN SELAMAT HARI RAYA 2010M DARI PIMPINAN DPMM PUSAT



Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Eksekutif  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat

09.09.2010 - Kuala Lumpur
Oleh : Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya selaku Presiden DPMM dan mewakili semua ahli Majlis Eksekutif DPMM (MED) Pusat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin kepada semua Pimpinan DPMM Negeri, ahli DPMM dan Usahawan Melayu dan Umat Islam seluruh Negara dimana saja mereka berada samada dibandar, kampung serta didesa dalam semua sektor perniagaan yang diceburi sama sebagai kontraktor, peniaga besar, peniaga kecil, penjaja, peniaga industri perkhidmatan, industri peruncitan, industri produk halal serta lain-lain industri dan juga tidak ketinggalan kepada usahawan-usahawan muda bergerak dalam semua bidang lebih-lebih lagi dalam bidang ICT didalam Negara atau di luar Negara.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua kakitangan sekretariat DPMM Pusat, Kakitangan YKPD dan Seluruh kakitangan DPMM Negeri-Negeri yang telah menjalankan tugas dengan sepenuh tenaga dan komited untuk menjayakan program yang dirancang sehingga berjalan dengan jayanya dan mendoakan kesejahteraan dari dunia hingga ke akhirat.

Kesempatan ini juga, saya berdoa agar semua usahawan melayu akan mendapat kejayaan dalam bidang yang diceburi serta pendapatan yang barakah daripada Allah SWT.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kejayaan dan semoga Allah SWT kurniakan dengan dipanjangkan umur dan murahkan rezeki semua usahawan hendaknya serta diberkati hidup disamping keluarga yang tersayang. Insyaallah.

Bagi yang akan berjalan jauh untuk berhari raya di kampong halaman, saya ingin menasihatkan supaya sentiasa BERHATI-HATI DI JALANRAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA YANG TERSAYANG sedang menanti dengan penuh harapan untuk menyambut Hari Raya bersama anda semua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H


Ucapan Ikhlas Dari Saya,


YM Tuan Syed Ali Al-Attas
Presiden DPMM Pusat




Tuan Haji Mohd Rosli Ismail
Setiausaha Agung



Encik Norsyahrin Hamidon
Bendahari Agung


Peminat Blog Malay Chamber Talk - DPMM Pusat



Gambar Kenangan Sempena Aidil Fitri 1421H

Sila klik pada logo......


Utusan Malaysia Online - Luar Negara


Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Askar AS dalam bahaya, jika teruskan program membakar Al-Quran sempena 9/11

KABUL 7 Sept. – Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus memberi amaran nyawa askar AS di negara ini akan terancam jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada 11 September ini.

Petraeus berkata, rancangan untuk membakar kitab suci itu akan menjadi kejayaan propaganda bagi pejuang Taliban di Afghanistan dan memarakkan sentimen anti-AS di seluruh dunia Islam.

Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida mengumumkan akan membakar naskhah-naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 pada Sabtu ini, bagi memprotes apa yang didakwanya sebagai ‘kejahatan Islam’. sila klik diatas untuk teruskan bacaan.....