Kumpulan CIMB Bank tidak pernah berhasrat untuk membeli bank perdagangan terbesar negara, Malayan Banking Bhd. (Maybank).
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak berkata, sebaliknya kumpulan perbankan itu komited untuk menjadikan CIMB Bank sebagai bank bersepadu dan mengoptimumkan pulangan kepada para pemegang sahamnya.
''Memiliki Maybank bukan objektif CIMB Bank,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan kempen 2 Good 2 Be True di sini hari ini.
Nazir yang dapat membaca fikiran nakal media berhubung persoalan itu berkata: ''Kami bukan mahu menjadi nombor satu tetapi kekal sebagai nombor dua''.
Malah, secara berseloroh 'orang kuat CIMB' itu berkata, atas alasan tersebut beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa dia (Nazir) tidak boleh memakai lencana 1Malaysia kerana tidak mahu berada di tempat nombor satu.
MalayChamberTalk2u.com : Sejarah yang telah diukir oleh Maybank amat indah dan boleh dikatakan semua saham yang dimiliki oleh PNB adalah hasil dari pelaburan orang ramai khususnya orang Melayu.