YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
08.09.2010 | Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru DPMM
Bersambung dari 07.08.2010
Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.
Pada hari ini kami akan membentangkan 11 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;
RESOLUSI YANG KE - 11 :
WALAUPUN ORANG MELAYU, SEBAGAI BANGSA MAJORITI, ADALAH PENDOKONG KERAJAAN, NAMUN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR KERAJAAN UNTUK KEPENTINGAN ORANG MELAYU TELAH DISELEWENG DAN DIKHIANATI AKIBAT RASUAH, PECAH AMANAH, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN KETIRISAN SEHINGGA MENGANIAYA DAN MEMINGGIRKAN ORANG MELAYU. OLEH ITU KERAJAAN DIGESA BERSIKAP TEGAS DALAM MENILAI DAN MEMANTAU TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA UNIT, JABATAN DAN KEMENTERIAN DAN APA-APA BADAN PERUNDINGAN YANG TELAH DITUGASKAN SELAKU PENASIHAT KEPADA KERAJAAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan