Ahad, 5 September 2010

INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE-8 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010

05.09.2010 | Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Bersambung dari 04.08.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

8 daripada 16 Resolusi ini kami akan bentang dalam blog ini dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE-8 :

MEMASTIKAN MODAL MELAYU DAN MODAL RASMI DIGEMBLENG UNTUK MENGUASAI PERNIAGAAN, INDUSTRI SERTA ASET STRATEGIK NEGARA MELALUI YAYASAN HARTANAH MELAYU BUMIPUTERA.






Berita Harian Online | Rugi RM9b akibat kes kemalangan

Berita Harian Online | Rugi RM9b akibat kes kemalangan

KUALA LUMPUR: Negara kerugian RM9 bilion akibat kes kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu, tidak termasuk kesan trauma serta kesedihan dialami ahli keluarga mangsa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bertekad meneruskan operasi bersepadu dan kempen keselamatan terutama setiap kali menjelang musim perayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan.


Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Senarai projek RMK-10 diumum Oktober ini


KEPALA BATAS 5 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata senarai bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) akan diumum selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2011 Oktober ini.

Beliau berkata, senarai projek yang akan diumum itu hanya untuk tempoh dua tahun iaitu bagi tahun 2011 hingga 2012.


BERHATI-HATI MENYAMBUT RAYA


BERHATI-HATI MENYAMBUT RAYA


Berhati-hati menyambut raya
jangan kerana hendak bergaya
bertukar baru serbi serba
jangan sampai bergadai pula.

Berhati-hati menyambut raya
dalam ghairah sakan berbelanja
berjimat-jimat beringatlah jua
jangan sampai berzakat dilupa.

Berhati-hati menyambut raya
dalam suka-suka hendaklah waspada
bermain mercun memasang pelita
jangan sampai terbakar terluka.

Berhati-hati menyambut raya
berziarah sini berziarah sana
dalam seronok bersuka-suka
jangan sampai solat terlupa.

Berhati-hati menyambut raya
dalam seronok nak pulang ke desa
memandulah dengan cermat sentiasa
jangan sampai mengundang bahaya.

Sajak Nukilan : Ehsan Jamil, Parit Keroma, Muar

SALAM AIDIL FITRI 1431H & SELAMAT HARI RAYA DARI PIMPINAN DPMM PUSAT






Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Eksekutif  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat

10.09.2010 - Kuala Lumpur
Oleh : Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya selaku Presiden DPMM dan mewakili semua ahli Majlis Eksekutif DPMM (MED) Pusat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin kepada semua Pimpinan DPMM Negeri, ahli DPMM dan Usahawan Melayu dan Umat Islam seluruh Negara dimana saja mereka berada samada dibandar, kampung serta didesa dalam semua sektor perniagaan yang diceburi sama sebagai kontraktor, peniaga besar, peniaga kecil, penjaja, peniaga industri perkhidmatan, industri peruncitan, industri produk halal serta lain-lain industri dan juga tidak ketinggalan kepada usahawan-usahawan muda bergerak dalam semua bidang lebih-lebih lagi dalam bidang ICT didalam Negara atau di luar Negara.


Seterusnya saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua kakitangan sekretariat DPMM Pusat, Kakitangan YKPD dan Seluruh kakitangan DPMM Negeri-Negeri yang telah menjalankan tugas dengan sepenuh tenaga dan komited untuk menjayakan program yang dirancang sehingga berjalan dengan jayanya dan mendoakan kesejahteraan dari dunia hingga ke akhirat.

Kesempatan ini juga, saya berdoa agar semua usahawan melayu akan mendapat kejayaan dalam bidang yang diceburi serta pendapatan yang barakah daripada Allah SWT.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kejayaan dan semoga Allah SWT kurniakan dengan dipanjangkan umur dan murahkan rezeki semua usahawan hendaknya serta diberkati hidup disamping keluarga yang tersayang. Insyaallah.

Bagi yang akan berjalan jauh untuk berhari raya di kampong halaman, saya ingin menasihatkan supaya sentiasa BERHATI-HATI DI JALANRAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA YANG TERSAYANG sedang menanti dengan penuh harapan untuk menyambut Hari Raya bersama anda semua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Ucapan Ikhlas Dari Saya,


YM Tuan Syed Ali Al-Attas
Presiden DPMM Pusat