Jumaat, 24 September 2010

Yayasan baru bantu usahawan Melayu dalam bidang keusahawan pelbagai bidang


myMetro | Yayasan baru bantu usahawan << Klik utk seterusnya....



GOLONGAN usahawan terutama yang baru berkecimpung dalam perniagaan akan memperoleh pelbagai manfaat dan mengurangkan risiko kegagalan dengan kewujudan Yayasan Strategik Pembangunan Usahawan 1Malaysia yang bakal ditubuhkan awal tahun depan.

Yayasan hasil cetusan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu bakal menjadi medan membolehkan semua usahawan muda tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyuarakan pandangan, sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan proses penambahbaikan membantu mereka.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (Bepu), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, yayasan itu juga akan menjadi jambatan membabitkan apa saja isu.


Mengapa melayu tidak berjaya dalam bidang keusahawan



myMetro | Minda: Beri manfaat sampai kiamat << Klik untuk seterusnya


Saya percaya ramai Melayu tidak berjaya dalam bisnes bukan saja kerana ketiadaan modal dalam bentuk wang tetapi kerana tiadanya kesanggupan berkorban masa untuk membina modal insan atau modal diri. Ramai tidak sanggup mengorbankan minat bersantai, keinginan berseronok dan berhibur serta kegemaran bersembang kosong. Sikap dan tabiat seperti ini tidak membina modal diri dan jelas anti-bisnes.


Syarikat Bumiputera yang diberi hak mengedar dan menjual telefon bimbit, Nokia, Aksesori dan Alat Ganti

myMetro | Tambah 2 cawangan << Klik untuk seterusnya



SAUJANA Erat Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang diberi hak mengedar dan menjual telefon bimbit, Nokia, aksesori dan alat ganti melakukan servis hampir 2,000 unit telefon bimbit jenama itu setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Isham Isnin berkata, kebanyakan pengguna telefon bimbit Nokia memilih untuk menghantar kepada pengedar sekiranya berlaku kerosakan, namun ia sebenarnya adalah tindakan berisiko.

“Ada pemilik telefon bimbit tidak tahu tempat yang harus dituju untuk membaiki telefon bimbit mereka dan memilih untuk menghantar di mana-mana kedai menyediakan perkhidmatan servis.

MalayChamberTalk2u : Bersama ini kami sertakan maklumat untuk kita sama membantu rakan usahawan Melayu/Islam dan menyokong dengan membeli barangan tersebut di syarikat ini.

Saujana Erat Sdn Bhd

Business Listing
12, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur
53000 Wilayah Persekutuan
  • Tel03-4024 4655
  • Fax03-4024 2404

Location

Saujana Erat Sdn Bhd


Usahawan dinasihat guna pengawal peribadi dan menyimpan dalam Pelan Perlindungan Takaful (Insurans Islam)


myMetro | Usahawan dinasihat guna pengawal peribadi << Klik untuk seterusnya.......


KUALA LUMPUR: Tragedi malang yang menimpa jutawan kosmetik dan pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya perlu dijadikan iktibar kepada usahawan berjaya yang lain.

Rakan seperjuangan arwah, Datuk Azlina Che Abdullah yang juga pengasas produk kecantikan, D’Navechee, melahirkan perasaan bimbangnya dengan menasihati usahawan supaya menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi dan pengawal keselamatan ketika berada di rumah atau keluar menjalankan urusan perniagaan.




Nasihat dari MalayChamberTalk2u : Sediakan khidmat pengawal keselamatan untuk anda para usahawan dan tingkatkan caruman dalam Pelan Perlindungan Takaful (Insurans Islam) agar jika berlaku sesuatu musibah kepada anda, keluarga dan segala perniagaan terpelihara dengan tuntutan dari perlindungan yang anda ambil tersebut.