KUALA LUMPUR 1 Sept. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial Facebook yang menggunakan nama ‘Melayu babi’.
Rabu, 1 September 2010
Utusan Malaysia Online - Terkini
Utusan Malaysia Online - Terkini
Bank Negara issues new takaful licences
KUALA LUMPUR, Sept 1 – Malaysia’s central bank said today it has issued four family takaful licences to four joint venture companies.
The joint venture companies include American International Assurance Berhad and Alliance Bank Malaysia Berhad; AMMB Holdings Berhad and Friends Provident Group (UK); ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd, Public Bank Berhad and Public Islamic Bank Berhad; and Great Eastern Life Assurance Company Limited and Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.
“The new family takaful operators have strong value propositions that will further enhance the development of the family takaful industry in Malaysia,” the central bank said in a statement. – Reuters
Ismail dicadang KPN baru ganti Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 57, hari ini dicadangkan untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September ini.
Mengumumkan demikian di sini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57, pula dicadangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Presiden dan semua Ahli Majlis Eksekutif DPMM Pusat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Jutaan Tahniah atas perlantikan tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)