BERHATI-HATI MENYAMBUT RAYA
Berhati-hati menyambut raya
Berhati-hati menyambut raya
jangan kerana hendak bergaya
bertukar baru serbi serba
jangan sampai bergadai pula.
Berhati-hati menyambut raya
dalam ghairah sakan berbelanja
berjimat-jimat beringatlah jua
jangan sampai berzakat dilupa.
Berhati-hati menyambut raya
dalam suka-suka hendaklah waspada
bermain mercun memasang pelita
jangan sampai terbakar terluka.
Berhati-hati menyambut raya
berziarah sini berziarah sana
dalam seronok bersuka-suka
jangan sampai solat terlupa.
Berhati-hati menyambut raya
dalam seronok nak pulang ke desa
memandulah dengan cermat sentiasa
jangan sampai mengundang bahaya.
Sajak Nukilan : Ehsan Jamil, Parit Keroma, Muar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan