Sabtu, 4 September 2010

myMetro | Eksport produk getah RM9.23b

myMetro | Eksport produk getah RM9.23b


INDUSTRI getah di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan apabila nilai eksport produk getah berkembang sehingga 30 peratus yang dicatatkan bagi Januari hingga Julai 2010 iaitu dengan nilai mencecah RM9.23 bilion berbanding RM6.9 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, pihaknya optimis mencapai RM11.1 bilion yang disasarkan bagi eksport produk getah pada tahun ini memandangkan sudah berada di landasan tepat selain faktor pemulihan ekonomi global.


Dibawa untuk bacaan oleh : Unit Media Baru DPMM Pusat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan