YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
16.09.2010 | DPMM Pusat, Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru
Bersambung dari 10.09.2010
Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.
Pada hari ini kami akan membentangkan 14 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;
RESOLUSI YANG KE - 14 :
KERAJAAN JUGA DISARANKAN MENUBUHKAN SEBUAH INSTITUT IAITU NATIONAL CARPENTRY INSTITUTE (N.C.I) UNTUK MELATIH DAN MENGELUARKAN GRADUAN-GRADUAN PERTUKANGAN BAGI MENGATASI MASALAH KEKURANGAN PEKERJA-PEKERJA MELAYU MAHIR DALAM INDUSTRI PERKAYUAN DAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA PAKAR PERKAYUAN DAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA PAKAR PERKAYUAN UNTUK KERJA-KERJA PEMELIHARAAN SERTA PEMBAIKAN ASET-ASET BERKAITAN KAYU PADA BANGUNAN MILIK KERAJAAN DAN NEGARA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan