Isnin, 6 September 2010

INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE - 09 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010 ANJURAN DPMM PUSAT




YAYASAN KAJIAN DAN PEMBAGUNAN DPMM
06.09.2010  |  Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru DPMM

Bersambung dari 05.08.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

Pada hari ini kami akan membentangkan 09 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE - 09:

SELARAS DENGAN MATLAMAT MODEL BARU EKONOMI (MBE) UNTUK MEPERTINGKATKAN PENDAPATAN PER KAPITA RAKYAT, ADALAH DITUNTUT SUPAYA KEMUDAHAN LATIHAN DAN KEMAHIRAN MELAYU DILIPATGANDAKAN DENGAN MEWUJUDKAN INSTITUT GUNATENAGA NASIONAL (NATIONAL EMPLOYMENT INSTITUTE) ATAU SINGKATAN NAMA NYA I.G.N  BERFUNGSI MENYELARAS KO-KURIKULUM LATIHAN, PENGAMBILAN PELATIH, MEMBANTU PENEMPATAN PEKERJA DAN SISWAZAH BUMIPUTERA MENGANGGUR, MEMANTAU GUNATENAGA, MEMUNGUT PERANGKAAN GUNATENAGA DAN MENRASIONALISASIKAN KEMASUKAN PEKERJA ASING SELARAS DENGAN MATLAMAT KETERANGKUMAN MODEL BARU EKONOMI (MBE). I.G.N HENDAKLAH DILETAKKAN DIBAWAH GABUNGAN DPMM DAN UITM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan