11.08.2010 | DATO' MUSTAPHA KAMAL MAULUT
Satu Majlis Pelancaran Teksi Eksekutif dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Gabungan Koperasi-Koperasi dan Pelancaran Laman Web Rasmi Koperasi Integriti Keusahawanan Pengangkutan Awam Kuala Lumpur Berhad (KUSPA) telah diadakan pada 30.07.2010 bersamaan dengan hari Jumaat pada pukul 02.45 Petang bertempat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang betajuk " KOPERASI WADAH PEMBANGUNAN " dengan ceria dan meriah sekali.
Majlis tersebut telah diseliakan oleh Dato' Hj. Mohd Asri Abdul dan dalam sesi upacara menandatangani MOU DPMM Pusat telah diwakili oleh Dato' Mohd Noor Ali Akbar, Ahli Majlis Eksekutif yang juga merupakan Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM Pusat kerana ketiadaan Dato' Mustapha Kamal Maulut yang sedang mengerjakan umrah pada waktu yang sama.
Yang paling menarik dalam ucapan YB Menteri, beliau telah mengisytiharkan bahawa DPMM Pusat telah dilantik menggangotai Jawatankuasa Tindakan Dasar Koperasi Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan