Selasa, 17 Ogos 2010

MAJLIS DAILOG DAN PENERANGAN DPMM PUSAT OLEH PIHAK BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) MENGENAI ISU-ISU DANA USAHAWAN MELAYU

17.08.2010 | Selasa | Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Lumpur
Oleh : Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat.

Satu rombongan DPMM Pusat telah berkunjung ke Bahagian Pembangunan Kewangan dan Enterprise, Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini. Perwakilan DPMM Pusat telah diketuai oleh Dato' Allayudin Che Hassan, Timbalan Presiden DPMM Pusat dan diiringi oleh Norsyahrin Hamidon, Bendahari Agung, Dato' Mohd Noor Ali Akbar, Dato' Mustapha Kamal Maulut dan Haji Zaharey Jusohbersama dengan Sekretariat DPMM Pusat.

Rombongan DPMM Pusat telah disambut dengan mesra oleh Kamari Zaman Juhari, Pengarah Jabatan tersebut, Datin Shahariah Hashim, Thomas Koon Peng, Sarina Said, Ketua Bahagian Unit Aduan BNM bersama dengan pegawai-pegawai.

Rombongan tersebut telah diberi penerangan mengenai "Access to Financing for Micro Small and Medium Enterprise" yang polisinya telah ditetapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) secara telus dan perbincangan telah dijalankan dengan beberapa input telah diberikan oleh DPMM Pusat terhadap isu-isu yang dihadapi oleh usahawan Melayu masa kini.

Antara input dan cadangan perwakilan DPMM Pusat adalah seperti dibawah;

1) BNM menwarwarkan semua Dana yang disediakan oleh BNM secara telus kepada usahawan Melayu melalui Pejabat DPMM Pusat dan DPMM Negeri-Negeri.

2) Mencadangkan agar pengurusan Dana khas buat bumiputera di CGC diserahkan kembali kepada ERF Sdn. Bhd. dan semua Pejabat DPMM Negeri-negeri dijadikan tempat urusan usahawan mendapatkan  pinjaman tersebut melalui ERF Sdn. Bhd secara mudah.

3) Pihak BNM membuat portal link antara Portal BNM dan Portal/Blog DPMM Pusat untuk menyenangkan
akses usahawan Melayu terhadap sebarang isu-isu pinjaman dari dana yang dihadapi oleh usahawan Melayu.

Antara saranan BNM kepada DPMM Pusat;

1) Semua isu-isu mengenai pinjaman dari dana yang berkaitan bumiputera yang dihadapi oleh usahawan Melayu boleh dibawa terus oleh DPMM Pusat beserta fakta kepada Bhg Unit Aduan BNM yang diketuai oleh Sarina Said.

Akhirnya rombongan dari DPMM Pusat telah dibawa melawat ke BNMLink dan diberi taklimat khusus dimana dimana semua urusan untuk checking status CCRIS dan lain-lain urusan dilaksanakan.

.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan