Jumaat, 24 September 2010

Yayasan baru bantu usahawan Melayu dalam bidang keusahawan pelbagai bidang


myMetro | Yayasan baru bantu usahawan << Klik utk seterusnya....



GOLONGAN usahawan terutama yang baru berkecimpung dalam perniagaan akan memperoleh pelbagai manfaat dan mengurangkan risiko kegagalan dengan kewujudan Yayasan Strategik Pembangunan Usahawan 1Malaysia yang bakal ditubuhkan awal tahun depan.

Yayasan hasil cetusan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu bakal menjadi medan membolehkan semua usahawan muda tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyuarakan pandangan, sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan proses penambahbaikan membantu mereka.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (Bepu), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, yayasan itu juga akan menjadi jambatan membabitkan apa saja isu.


Mengapa melayu tidak berjaya dalam bidang keusahawan



myMetro | Minda: Beri manfaat sampai kiamat << Klik untuk seterusnya


Saya percaya ramai Melayu tidak berjaya dalam bisnes bukan saja kerana ketiadaan modal dalam bentuk wang tetapi kerana tiadanya kesanggupan berkorban masa untuk membina modal insan atau modal diri. Ramai tidak sanggup mengorbankan minat bersantai, keinginan berseronok dan berhibur serta kegemaran bersembang kosong. Sikap dan tabiat seperti ini tidak membina modal diri dan jelas anti-bisnes.


Syarikat Bumiputera yang diberi hak mengedar dan menjual telefon bimbit, Nokia, Aksesori dan Alat Ganti

myMetro | Tambah 2 cawangan << Klik untuk seterusnya



SAUJANA Erat Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang diberi hak mengedar dan menjual telefon bimbit, Nokia, aksesori dan alat ganti melakukan servis hampir 2,000 unit telefon bimbit jenama itu setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Isham Isnin berkata, kebanyakan pengguna telefon bimbit Nokia memilih untuk menghantar kepada pengedar sekiranya berlaku kerosakan, namun ia sebenarnya adalah tindakan berisiko.

“Ada pemilik telefon bimbit tidak tahu tempat yang harus dituju untuk membaiki telefon bimbit mereka dan memilih untuk menghantar di mana-mana kedai menyediakan perkhidmatan servis.

MalayChamberTalk2u : Bersama ini kami sertakan maklumat untuk kita sama membantu rakan usahawan Melayu/Islam dan menyokong dengan membeli barangan tersebut di syarikat ini.

Saujana Erat Sdn Bhd

Business Listing
12, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur
53000 Wilayah Persekutuan
  • Tel03-4024 4655
  • Fax03-4024 2404

Location

Saujana Erat Sdn Bhd


Usahawan dinasihat guna pengawal peribadi dan menyimpan dalam Pelan Perlindungan Takaful (Insurans Islam)


myMetro | Usahawan dinasihat guna pengawal peribadi << Klik untuk seterusnya.......


KUALA LUMPUR: Tragedi malang yang menimpa jutawan kosmetik dan pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya perlu dijadikan iktibar kepada usahawan berjaya yang lain.

Rakan seperjuangan arwah, Datuk Azlina Che Abdullah yang juga pengasas produk kecantikan, D’Navechee, melahirkan perasaan bimbangnya dengan menasihati usahawan supaya menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi dan pengawal keselamatan ketika berada di rumah atau keluar menjalankan urusan perniagaan.




Nasihat dari MalayChamberTalk2u : Sediakan khidmat pengawal keselamatan untuk anda para usahawan dan tingkatkan caruman dalam Pelan Perlindungan Takaful (Insurans Islam) agar jika berlaku sesuatu musibah kepada anda, keluarga dan segala perniagaan terpelihara dengan tuntutan dari perlindungan yang anda ambil tersebut.


Khamis, 23 September 2010

CIMB, Tiada hasrat miliki Maybank



Kumpulan CIMB Bank tidak pernah berhasrat untuk membeli bank perdagangan terbesar negara, Malayan Banking Bhd. (Maybank).



Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak berkata, sebaliknya kumpulan perbankan itu komited untuk menjadikan CIMB Bank sebagai bank bersepadu dan mengoptimumkan pulangan kepada para pemegang sahamnya.

''Memiliki Maybank bukan objektif CIMB Bank,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan kempen 2 Good 2 Be True di sini hari ini.

Nazir yang dapat membaca fikiran nakal media berhubung persoalan itu berkata: ''Kami bukan mahu menjadi nombor satu tetapi kekal sebagai nombor dua''.

Malah, secara berseloroh 'orang kuat CIMB' itu berkata, atas alasan tersebut beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa dia (Nazir) tidak boleh memakai lencana 1Malaysia kerana tidak mahu berada di tempat nombor satu.

MalayChamberTalk2u.com : Sejarah yang telah diukir oleh Maybank amat indah dan boleh dikatakan semua saham yang dimiliki oleh PNB adalah hasil dari pelaburan orang ramai khususnya orang Melayu.



Mark Zuckerberg, Facebook founder pledges $100 million to N.J. schools





One of America's richest, and youngest, is giving back.
Mark Zuckerberg, founder and chief executive of social networking powerhouse Facebook, is planning on donating $100 million toward improving public schools in the troubled district of Newark, N.J.
According to an official familiar with the agreement, Zuckerberg's donation will be the first installment from a foundation financed by Zuckerberg, and will be focused on bettering education.
With an estimated net worth of $6.9 billion, Zuckerberg ranked 35th on this year's Forbes 400 list of richest Americans -- up from 158th last year.
Cuba bayangkan dan fokus Jika kita punyai perniagaan sebegini rupa bolehkah kita memberi kepada kebajikan sebegini banyak, melatih dan melahirkan usahawan baru dan lain-lain lagi.

SMK Batu Muda Kuala Lumpur merangkul hadiah sebagai Johan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan


Utusan Malaysia Online - Kesihatan << Klik untuk teruskan bacaan....

Tahniah !!!!! Kepada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Guru-guru, Para Pelajar dan semua ibubapa SMK Batu Muda Kuala Lumpur.

Jaishree A/P Utheyakumaran, Rabiatul Amirah Ramli Aziemah dan Sabirah Abdul Halim Anuar mewakili SMK Batu Muda, Kampung Batu Muda merangkul Johan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PERTANDINGAN Memasak Sekolah Menengah anjuran MAGGI® dengan sokongan daripada Kementerian Pelajaran telah bermula sejak tahun 1997. Sejumlah 288,000 murid daripada 8,000 sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini di peringkat negeri sejak ia diperkenalkan 12 tahun lalu. Setiap tahun, 16 buah sekolah terbaik dalam kelayakan dari peringkat daerah dan seterusnya peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk bertanding dalam Pertandingan Akhir di Peringkat Kebangsaan.

SMK Batu Muda akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 19 Oktober 2010 di Johor Bharu, Johor.


Rabu, 22 September 2010

DPIM cadang kerajaan wujudkan Badan Audit Halal Profesional


Utusan Malaysia Online - Terkini << Klik baca kolum seterusnya

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menyusun semula sistem pengesahan halal termasuk penubuhan Badan Audit Halal Profesional.

Ulasan : Penubuhan Badan Audit Halal adalah penting bagi memastikan semua standard halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM sentiasa dipatuhi oleh pemegang-pemegang sijil halal.


  

Kadar pembiayaan rumah kekal 90%


Utusan Malaysia Online - Berita Utama <<< Klik disini untuk baca seterusnya


Bagi memastikan golongan muda dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pembiayaan rumah kepada 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak berhasrat mengurangkan kadar pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus pada masa ini.



Sabtu, 18 September 2010

Utusan Malaysia Online - Rencana



Utusan Malaysia Online - Rencana << Klik disini bacaan seterusnya


DALAM berniaga, meminjam modal daripada institusi kewangan seperti bank adalah suatu perkara biasa dan wajib terutama bila perniagaan kian berkembang.

Risiko perniagaan yang membawa kepada kegagalan membayar hutang adalah sesuatu yang amat ditakuti kecuali kepada mereka yang memang berniat untuk tidak mahu membayar hutang.

Kali ini, saya lebih berminat untuk membincangkan isu usahawan yang telah membayar hutang tetapi pihak bank masih menyenaraikan hutang lama dalam skrin komputer. Ini menyukarkan usahawan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan baru.

Apa yang aneh ialah semua pihak yang pandai menyenaraikan hutang tersebut di dalam senarai penghutang tetapi tidak tahu pula memadamkan rekod tersebut apabila si penghutang telah melangsaikan hutang mereka.


Ekuinas to unveil RM100m projects

Ekuinas to unveil RM100m projects

However, Abdul Rahman said Ekuinas had identified sectors it planned to invest in – education, fast-moving consumer goods, oil and gas, medical and healthcare equipment, leisure and services.


myMetro | Ekuinas kuasai 70 juta saham Tanjung Offshore



EKUITI Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, mengambil alih tambahan 13.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore Bhd daripada pasaran melalui syarikat modal dananya, E-Cap (Internal) One Sdn Bhd.



Jumaat, 17 September 2010

Malaysia to create an additional 3.3 million jobs


Malaysia to create an additional 3.3 million jobs <<<<< klik disini untuk teruskan bacaan kolum........


Malaysia is to create an additional 3.3 million jobs, of which over 60% will be in medium or high-income salary brackets to help turn it into a high-income nation by 2020, said Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam.
“At the same time, 600,000 people will move out of the lowest salary bracket and the number of people working in middle and high-income salary brackets will increase from 5.1 million to 9.2 million,” he said in his address at the 5th Apec Human Resource Development Ministerial Meeting here.
Dr Subramaniam said almost 50% of the additional jobs required vocational or diploma qualifications.

Berita Harian Online | Adab ketika ziarah lambang ketinggian tamadun, peribadi


Berita Harian Online | Adab ketika ziarah lambang ketinggian tamadun, peribadi




ANTARA amalan terpuji yang menjadi budaya umat Islam di negara ini ketika Aidilfitri ialah ziarah atau kunjung mengunjung antara satu sama lain. Amalan ini memberi manfaat besar dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah. 


Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, renggang menjadi rapat, bersengketa menjadi damai dan susah menjadi mudah. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.

Untuk maklumat kolum lebih lanjut, Sila klik tajuk berwarna merah diatas >>>>>>


Blogger Buzz: Sesuaikan Latar Belakang Blog Anda Rakan Dengan Image Anda Sendiri

Blogger Buzz: Sesuaikan Latar Belakang Blog Anda Rakan Dengan Image Anda Sendiri

Syariat Islam tonggak tertinggi perundangan


Syariat Islam tonggak tertinggi perundangan


Berpegang teguhlah dengan tali Allah iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Ulamak


BANTING, 17 Sept: Umat Islam khususnya wajar melihat semula kejayaan pelaksanaan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi perundangan kehidupan Muslim ekoran kebejatan berbagai masalah mutakhir.
Demikian penegasan oleh Pengasas Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Ahmad Ansori mengulas perkembangan negatif terkini yang berlaku dalam negara ketika ditemui di pusat tarbiyahnya, di sini petang kelmarin.
Menurutnya, umat sewajibnya mengakui segala perintah yang Allah SWT. tentukan itu adalah yang terbaik diturunkan sebagai pedoman paling berguna menyuluh kegelapan perjalanan mereka.
"Tanpa itu semua, umat Islam seperti berada di dalam gelap gelita seperti malam tanpa bintang meskipun mereka merasakan seperti berada di bawah cahaya terang mentari di siang hari," ujarnya.
Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun mendidik lebih 100 pelajar termasuk 12 mereka yang terlibat di dalam berbagai masalah peribadi kronik termasuk menyamun, mengambil dadah secara salah, merogol dan sebagainya.
Berpengalaman sejak belajar di Ansor, Batang Berjuntai, Taman Islam Kemaman, Pondok Kerasak Selatan Thailand menyambung pengajian di Syria dan Al-Azhar, Mesir; memberikan banyak pengalaman kepadanya untuk menangani isu itu.
Untuk meneruskan bacaan kolum klik tajuk warna merah diatas >>>>>>>>

Khamis, 16 September 2010

Pemandu: Details of 131 projects out next week



Pemandu: Details of 131 projects out next week

The initial 131 projects and 60 business opportunities worth US$444 billion are part of Malaysia's Economic Transformation Programme


The Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) under the Prime Minister's Department will reveal on September 21 details of the initial 131 projects and 60 business opportunities worth US$444 billion (RM1.39 trillion) to be implemented over the next 10 years.

These are part of the federal government's Economic Transformation Programme (ETP) to ensure that the country's gross national product (GNP) and per capita income increases to US$523 billion (RM1.63 trillion) and US$15,000 (RM46,800) respectively by 2020 to meet the World Bank's definition of a high-income nation.

"The 131 project details will be revealed to the public at the ETP Open Day on September 21 at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur," Pemandu chief executive officer Datuk Seri Idris Jala said at a senior editors' briefing in Kuala Lumpur yesterday.



Utusan Malaysia Online - Terkini



Tahniah polis cekap tangani kes pembunuhan Sosilawati-PM

Utusan Malaysia Online - Terkini



SANDAKAN 16 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucap syabas dan tahniah kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.


Beliau juga mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

"Ini satu kejayaan (pihak polis) yang begitu memberangsangkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana dapat bertindak cepat, pantas dan dapat membongkar mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan mangsa tersebut.

Kami bagi pihak DPMM Pusat kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Semua Pegawai Kanan PDRM dan semua wagakerja PDRM yang mengendalikan kes.

Untuk ketahui lebih lanjut berita ini sila klik ayat berwarna merah diatas untuk teruskan bacaan anda >>>>


INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE - 14 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010 ANJURAN DPMM PUSAT

YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
16.09.2010  |  DPMM Pusat, Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru

Bersambung dari 10.09.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

Pada hari ini kami akan membentangkan 14 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE - 14 :

KERAJAAN JUGA DISARANKAN MENUBUHKAN SEBUAH INSTITUT IAITU NATIONAL CARPENTRY INSTITUTE (N.C.I) UNTUK MELATIH DAN MENGELUARKAN GRADUAN-GRADUAN PERTUKANGAN BAGI MENGATASI MASALAH KEKURANGAN PEKERJA-PEKERJA MELAYU MAHIR DALAM INDUSTRI PERKAYUAN DAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA PAKAR PERKAYUAN DAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA PAKAR PERKAYUAN UNTUK KERJA-KERJA PEMELIHARAAN SERTA PEMBAIKAN ASET-ASET BERKAITAN KAYU PADA BANGUNAN MILIK KERAJAAN DAN NEGARA.



Selasa, 14 September 2010

Halal Malaysia - www.halal.gov.my


Halal Malaysia - www.halal.gov.my

Berikut adalah Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk panduan semua. Sila klik tajuk diatas rujuk halal/haram >>>


Zeti among top 10 central bankers


Zeti among top 10 central bankers

Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz has maintained her position as one of the world's top 10 central bankers for this year.



She scored "A" in the Central Banker Report Card feature, published annually by the New York-based Global Finance magazine, along with counterparts Jean-Claude Trichet (European Central Bank), Glenn Stevens (Reserve Bank of Australia), Stanley Fischer (Bank of Israel), Lee Seongtae (Bank of Korea), Fai-Nan Perng (Taiwan Central Bank) and Durmus Yilmaz (Central Bank of Turkey).




Kami bagi pihak Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung serta semua ahli Majlis Eksekutif DPMM (MED) Pusat mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada YBhg Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz serta seluruh warga kerja Bank Negara Malaysia (BNM) atas kejayaan mendapat pujian seperti yang tersebut diatas.



Jumaat, 10 September 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini






Najib, Susilo setuju kaji mekanisme tingkatkan hubungan



PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia bersetuju mengkaji semula mekanisme yang sedia ada dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata sepakat itu dicapai semasa Najib menghubungi Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan salam Aidilfitri bagi pihak rakyat Malaysia kepada keluarga presiden itu serta semua warga Indonesia di negara itu.

Di tengah-tengah kesibukan melayan ribuan pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sri Perdana di sini hari ini, Najib mengambil kesempatan untuk menelefon Susilo dan berbual selama kira-kira 10 minit dengan pemimpin Indonesia itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata Malaysia akan meneruskan segala usaha dalam mengekalkan keakraban hubungan dengan negara jiran itu.

"Malaysia akan memastikan tidak ada apa-apa hubungan akan terjejas walaupun ada segelintir pihak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia.

"Apa yang penting adalah kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menjejaskan hubungan kita yang begitu bererti sekali,” tegas beliau.

Untuk berita sterusnya sila klik tajuk diatas >>>>>