Jumaat, 10 September 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini






Najib, Susilo setuju kaji mekanisme tingkatkan hubungan



PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia bersetuju mengkaji semula mekanisme yang sedia ada dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata sepakat itu dicapai semasa Najib menghubungi Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan salam Aidilfitri bagi pihak rakyat Malaysia kepada keluarga presiden itu serta semua warga Indonesia di negara itu.

Di tengah-tengah kesibukan melayan ribuan pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sri Perdana di sini hari ini, Najib mengambil kesempatan untuk menelefon Susilo dan berbual selama kira-kira 10 minit dengan pemimpin Indonesia itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata Malaysia akan meneruskan segala usaha dalam mengekalkan keakraban hubungan dengan negara jiran itu.

"Malaysia akan memastikan tidak ada apa-apa hubungan akan terjejas walaupun ada segelintir pihak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia.

"Apa yang penting adalah kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menjejaskan hubungan kita yang begitu bererti sekali,” tegas beliau.

Untuk berita sterusnya sila klik tajuk diatas >>>>>




Tiada ulasan:

Catat Ulasan