Khamis, 12 Ogos 2010

UCAPAN PENGHARGAAN OLEH PRESIDEN DPMM PUSAT SIDANG 2010-2013

12.08.2010 | YM TUAN SYED ALI ALATTAS


Salam kepada pimpinan DPMM Pusat, DPMM Negeri.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Jutaan Terima Kasih dan Penghargaan kepada seluruh pimpinan DPMM Negeri-Negeri dan DPMM Pusat bagi sidang 2007-2010 kerana telah memberi tenaga pemikiran dan wang ringgit untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh saya selaku Presiden dan Jawatankuasa Pengurusan (JKP) dan dilaksanakan atas kelulusan  mesyuarat Majlis Eksekutif DPMM Pusat.

Memang telah termaktub dalam Undang-undang tubuh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahawa setiap tiga tahun sekali kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan DPMM Peringkat Pusat yang akan memilih pimpinan baru. Dan memang adat pemilihan iaitu ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang menang saya ucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah ahli, bagi yang kalah saya ucapkan tahniah juga kerana sanggup menawarkan diri bertanding dan saranan saya ialah teruslah bersama barisan kepimpinan yang baru dipilih dan dilantik demi menjaga kepentingan usahawan Melayu/Bumiputera yang semakin hari semakin terhakis ini. Seperti perpatah kata yang mengatakan Yang Menang Tak Menang Semua, Yang Kalah Tak Kalah Semua.

Marilah kita sama-sama menyusun kembali kekuatan barisan kepimpinan Peringkat DPMM Pusat dan DPMM Negeri demi untuk mengembalikan keunggulan dan kepentingan usahawan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan dalam slogan DPMM sesuai dengan saranan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sesuai dengan slogan DPMM iaitu ;

" BERJASA - BERJAYA BANGSA "  

BARISAN KEPIMPINAN DPMM PUSAT
MAJLIS EKSEKUTIF DEWAN (MED) SESI 2007-2010