Sabtu, 28 Ogos 2010

BNM Press Statements

BNM Press Statements

Bank Negara Malaysia wishes to inform that the Shariah Advisory Council (SAC) of Bank Negara Malaysia, in its 102nd meeting held on 22nd June 2010, had decided the following:-

INTISARI RINGKASAN RUMUSAN 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU 2010


28.08.2010  |  Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Assalamualaikum....Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Najib Tuan Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD, Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM.

16 Resolusi ini kami akan bentang dalam blog ini dari hari ke hari sehingga selesai;

Resolusi 1 :

MENGGESA KERAJAAN MENUBUHKAN SEMULA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD) UNTUK MEMAINKAN PERANAN ASALNYA SEBAGAI KEMENTERIAN YANG BERTANGGUNGJAWAB MERANCANG, MEMBANGUN DAN MEMANTAU PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MELAYU.





MAJLIS DAILOG DPMM PUSAT BERSAMA MENTERI KEWANGAN II

27.08.2010 | DATO' MOHD NOOR ALI AKBAR
OLEH : UNIT WARTAWAN MEDIA BARU DPMM PUSAT


Majlis Dailog DPMM Pusat bersama YB Dato Sri Husni Hanadzlah telah berlangsung di Tkt 11, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Putrajaya. DPMM Pusat telah diwakili oleh Norsyahrin Hamidon, Bendahari DPMM Pusat dan Dato' Mohd Noor Ali Akbar, Ahli Majlis Eksekutif DPMM Pusat.

  

Antara isu usahawan yang telah dibawa oleh DPMM Pusat semasa Majlis dailog tersebut ialah;


1)  Mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan Tabung Pembangunan dan Peningkatan Ushawan (TPPU) dengan peruntukan dari kerajaan sebanyak RM 1 Billion untuk modal kerja bagi membantu usahawan-usahawan Melayu mendapat pembiayaan kewangan.


2)  Menyarankan agar pentadbiran dana TPUB dan lain-lain tabung yang dulunya dikendalikan oleh ERF Sdn. Bhd kemudian diserahkan oleh BNM kepada CGC, Wakil DPMM Pusat menyarankan agar Tabung tersebut diserah kendalikan semula kepada ERF Sdn. Bhd dan disokong tadbir oleh semua pejabat DPMM Negeri-Negeri.


Turut sama dalam Majlis tersebut ialah Presiden Perdasama, Wakil Pekema dan Wakil dari Dewan Usahawan Industri Desa (DUID). Mesyuarat tersebut telah berjalan selama 2 jam.