Jumaat, 10 September 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Malaysia Negara Makmur


KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan kemampuan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan aman damai serta dilimpahi kemakmuran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita bebas dari peperangan, konflik, penindasan mahupun bencana alam seperti mana yang dialami atau melanda sesetengah saudara seakidah di seluruh pelosok dunia," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata, sebagai umat yang bersyukur, mereka perlu berterima kasih kepada kepimpinan negara terdahulu yang telah meletakkan asas kukuh kepada kejayaan Malaysia pada hari ini.

"Terima kasih kita juga ditujukan kepada anggota pasukan keselamatan yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara sejak dahulu hingga sekarang.

"Tidak dilupakan, kepada para penjawat awam, guru, para pekerja, petani, peladang, usahawan dan nelayan," katanya.
Menurut Perdana Menteri, segala usaha dan pengorbanan semua menjadi asas serta landasan kepada apa yang dinikmati bersama.

Najib berkata, hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara demokratik, majmuk, berbilang agama dan berbagai kaum dengan penganut Islam sebagai penduduk majoritinya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan