Jumaat, 10 September 2010

INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE - 13 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010 ANJURAN DPMM PUSAT

YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
10.09.2010  |  DPMM Pusat, Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru

Bersambung dari 09.09.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

Pada hari ini kami akan membentangkan 13 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE - 13 :

MENCADANGKAN KERAJAAN MEWUJUDKAN SEBUAH AGENSI YANG DIKENALI SEBAGAI URDA (URBAN REDEVELOPMENT AUTHORITY) UNTUK MENAIKTARAF BANDAR-BANDAR/PEKAN-PEKAN LAMA SERTA MEMPERBANYAKKAN JUMLAH PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN MELAYU DI KAWASAN BANDAR SERTA TEMPAT-TEMPAT STRATEGIK UTAMA NEGARA. KERAJAAN JUGA HARUS MENUBUHKAN SEBUAH DATABANK UNTUK TUJUAN SEMAKAN DAN MENGAWAL SELIA JUMLAH TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN DAN GLC. AGENSI INI HENDAKLAH DILETAKKAN DIBAWAH PORTFOLIO PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan