Khamis, 23 September 2010

SMK Batu Muda Kuala Lumpur merangkul hadiah sebagai Johan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan


Utusan Malaysia Online - Kesihatan << Klik untuk teruskan bacaan....

Tahniah !!!!! Kepada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Guru-guru, Para Pelajar dan semua ibubapa SMK Batu Muda Kuala Lumpur.

Jaishree A/P Utheyakumaran, Rabiatul Amirah Ramli Aziemah dan Sabirah Abdul Halim Anuar mewakili SMK Batu Muda, Kampung Batu Muda merangkul Johan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PERTANDINGAN Memasak Sekolah Menengah anjuran MAGGI® dengan sokongan daripada Kementerian Pelajaran telah bermula sejak tahun 1997. Sejumlah 288,000 murid daripada 8,000 sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini di peringkat negeri sejak ia diperkenalkan 12 tahun lalu. Setiap tahun, 16 buah sekolah terbaik dalam kelayakan dari peringkat daerah dan seterusnya peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk bertanding dalam Pertandingan Akhir di Peringkat Kebangsaan.

SMK Batu Muda akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 19 Oktober 2010 di Johor Bharu, Johor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan