Sabtu, 28 Ogos 2010

MAJLIS DAILOG DPMM PUSAT BERSAMA MENTERI KEWANGAN II

27.08.2010 | DATO' MOHD NOOR ALI AKBAR
OLEH : UNIT WARTAWAN MEDIA BARU DPMM PUSAT


Majlis Dailog DPMM Pusat bersama YB Dato Sri Husni Hanadzlah telah berlangsung di Tkt 11, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Putrajaya. DPMM Pusat telah diwakili oleh Norsyahrin Hamidon, Bendahari DPMM Pusat dan Dato' Mohd Noor Ali Akbar, Ahli Majlis Eksekutif DPMM Pusat.

  

Antara isu usahawan yang telah dibawa oleh DPMM Pusat semasa Majlis dailog tersebut ialah;


1)  Mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan Tabung Pembangunan dan Peningkatan Ushawan (TPPU) dengan peruntukan dari kerajaan sebanyak RM 1 Billion untuk modal kerja bagi membantu usahawan-usahawan Melayu mendapat pembiayaan kewangan.


2)  Menyarankan agar pentadbiran dana TPUB dan lain-lain tabung yang dulunya dikendalikan oleh ERF Sdn. Bhd kemudian diserahkan oleh BNM kepada CGC, Wakil DPMM Pusat menyarankan agar Tabung tersebut diserah kendalikan semula kepada ERF Sdn. Bhd dan disokong tadbir oleh semua pejabat DPMM Negeri-Negeri.


Turut sama dalam Majlis tersebut ialah Presiden Perdasama, Wakil Pekema dan Wakil dari Dewan Usahawan Industri Desa (DUID). Mesyuarat tersebut telah berjalan selama 2 jam. 

1 ulasan: