Rabu, 8 September 2010

Utusan Malaysia Online - Luar Negara


Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Askar AS dalam bahaya, jika teruskan program membakar Al-Quran sempena 9/11

KABUL 7 Sept. – Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus memberi amaran nyawa askar AS di negara ini akan terancam jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada 11 September ini.

Petraeus berkata, rancangan untuk membakar kitab suci itu akan menjadi kejayaan propaganda bagi pejuang Taliban di Afghanistan dan memarakkan sentimen anti-AS di seluruh dunia Islam.

Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida mengumumkan akan membakar naskhah-naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 pada Sabtu ini, bagi memprotes apa yang didakwanya sebagai ‘kejahatan Islam’. sila klik diatas untuk teruskan bacaan.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan