Ahad, 5 September 2010

SALAM AIDIL FITRI 1431H & SELAMAT HARI RAYA DARI PIMPINAN DPMM PUSAT






Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Eksekutif  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat

10.09.2010 - Kuala Lumpur
Oleh : Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya selaku Presiden DPMM dan mewakili semua ahli Majlis Eksekutif DPMM (MED) Pusat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin kepada semua Pimpinan DPMM Negeri, ahli DPMM dan Usahawan Melayu dan Umat Islam seluruh Negara dimana saja mereka berada samada dibandar, kampung serta didesa dalam semua sektor perniagaan yang diceburi sama sebagai kontraktor, peniaga besar, peniaga kecil, penjaja, peniaga industri perkhidmatan, industri peruncitan, industri produk halal serta lain-lain industri dan juga tidak ketinggalan kepada usahawan-usahawan muda bergerak dalam semua bidang lebih-lebih lagi dalam bidang ICT didalam Negara atau di luar Negara.


Seterusnya saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua kakitangan sekretariat DPMM Pusat, Kakitangan YKPD dan Seluruh kakitangan DPMM Negeri-Negeri yang telah menjalankan tugas dengan sepenuh tenaga dan komited untuk menjayakan program yang dirancang sehingga berjalan dengan jayanya dan mendoakan kesejahteraan dari dunia hingga ke akhirat.

Kesempatan ini juga, saya berdoa agar semua usahawan melayu akan mendapat kejayaan dalam bidang yang diceburi serta pendapatan yang barakah daripada Allah SWT.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kejayaan dan semoga Allah SWT kurniakan dengan dipanjangkan umur dan murahkan rezeki semua usahawan hendaknya serta diberkati hidup disamping keluarga yang tersayang. Insyaallah.

Bagi yang akan berjalan jauh untuk berhari raya di kampong halaman, saya ingin menasihatkan supaya sentiasa BERHATI-HATI DI JALANRAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA YANG TERSAYANG sedang menanti dengan penuh harapan untuk menyambut Hari Raya bersama anda semua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Ucapan Ikhlas Dari Saya,


YM Tuan Syed Ali Al-Attas
Presiden DPMM Pusat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan