Khamis, 9 September 2010

INTISARI RINGKASAN RUMUSAN KE - 12 DARI 16 RESOLUSI KONVENSYEN USAHAWAN MELAYU (KUM) 2010 ANJURAN DPMM PUSAT



YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN DPMM
09.09.2010  |  DPMM Pusat, Kuala Lumpur
Oleh : Unit Media Baru

Bersambung dari 08.09.2010

Salam. Para Usahawan Melayu. Mulai minggu ini kami akan menyiarkan 16 resolusi yang telah digariskan hasil dari resolusi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang telah diadakan baru-baru ini kepada Kerajaan Malaysia yang telah di majukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk perhatian, kajian dan tindakan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Semua resolusi ini telah dicapai hasil dari perbincangan ahli Majlis YKPD iaitu Yayasan Pembangunan dan Kajian DPMM dan disusunkan oleh Sekretariat Yayasan Kajian Dan Pembangunan DPMM hasil dari cadangan, pandangan, input dari usahawan yang menghadiri konvensyen tersebut.

Pada hari ini kami akan membentangkan 12 daripada 16 Resolusi ini. Kami akan bentang dalam blog ini resolusi ini satu persatu dari hari ke hari sehingga selesai untuk tatapan dan perhatian para usahawan melayu semua;

RESOLUSI YANG KE - 12 :

KESEMUA MAKMAL MESTILAH MEMENTINGKAN MAJORITI KAUM/RAKYAT TANPA MEMINGGIRKAN LAIN-LAIN KAUM, DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMM) HENDAKLAH DIWAKILKAN DALAM SETIAP MAKMAL DAN PROGRAM-PROGRAM YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan