Ahad, 8 Ogos 2010

PENUBUHAN SUBSEKTOR INSURANS DAN TAKAFUL DPMM PUSAT

Asas dan Tujuan Penubuhan
Portfolio Industri Perkhidmatan
Subsektor Insuran dan Takaful DPMM PUSAT

1.     Subsektor Insuran dan Takaful akan bertindak sebagai penaung kepada usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri Insuran dan Takaful agar dapat bergerak di bawah satu platform.

2.     Menyatupadukan usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini.

3.     Agar usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini dapat bergerak dan menyuarakan pandangan dan pendapat kepada Kerajaan dan pihak berwajib dalam satu suara.

4.     Mengagihkan sebarang maklumat berkaitan industri Insurans dan Takaful kepada usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini sekaligus untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu keseluruhannya.

5.     Membantu mewujudkan rangkaian perniagaan di kalangan usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini.

6.     Memelihara, membantu dan melindungi kepentingan usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini yang bernaung di bawah Subsektor Takaful dan Insurans.

7.     Mewujudkan kesedaran di kalangan usahawan Melayu di mana industri Insurans dan Takaful memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi ketika ini.

8.     Menganjurkan aktiviti dan program yang mendatangkan faedah kepada usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam industri ini.

9.     Membuat perhubungan dan kerjasama dengan Sektor kerajaan dan Swasta yang terlibat dalam industri Insurans dan Takaful.

10.  Sebarang aktiviti dan program Subsektor Insurans dan Takaful tertakluk dan berlandaskan pada Jawatankuasa Pengurusan DPMM, Majlis Eksekutif DPMM dan Undang-Undang Tubuh dan Perintah Peraturan DPMM.


Dato’ Mohd Noor Ali Akbar
Pengerusi
Subsektor Insurans dan Takaful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan