Jumaat, 13 Ogos 2010

MAJLIS DAILOG ANTARA TELEKOM MALAYSIA (TM) DAN DPMM PUSAT

13.08.2010 : UNIT MEDIA BARU DPMM PUSAT

Satu Majlis dailog antara Telekom Malaysia (TM) dan DPMM bersama dengan GABEM / MPEMM telah diadakan pada 10.08.2010 bertempat di Aras 56, Menara Telekom, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah bermula pada 09.00 Pagi dan berterusan sehingga 02.00 Petang.

DPMM Pusat telah diwakili oleh Dato' Allayuddin Che Hassan, Timbalan Presiden DPMM Pusat  dan Dato' Ab Rahim Abu Bakar, Naib Presiden DPMM Pusat serta Sdr. Nazrol Salleh, Setiausaha Dewan Muda DPMM Putrajaya. Banyak isu-isu dan cara penyelesaian yang telah dibangkitkan semasa perjumpaan tersebut.

Pihak Telekom Malaysia (TM) telah diwakili oleh Tuan Haji Ghazali Harun, Ketua Pegawai Perolehan TM dan Encik Ahmad Azhar Yahya, Ketua Pegawai Strategi TM dan perbincangan tersebut telah berjalan dalam suasana harmonis.   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan