Selasa, 24 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SME BANK

24.08.2010 | YBHG. DATO' MUSTAFA KAMAL MAULUT
OLEH : WARTAWAN UNIT MEDIA BARU DPMM PUSAT

Wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat telah menghadiri undangan dari SME Bank yang mengadakan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak SME Bank. Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 6, Bangunan SME Bank, Kuala Lumpur.

Pihak DPMM Pusat telah diwakili oleh YBhg. Dato Mustafa Kamal Maulut, Ahli Majlis Eksekutif DPMM Pusat.

Sehubungan dengan Majlis tersebut Presiden dan semua ahli Majlis Eksekutif DPMM Pusat mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama yang erat antara DPMM Pusat dan SME Bank. Salam Ramadhan Al-Mubarak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan