Jumaat, 20 Ogos 2010

DPMM PUSAT MENGHADIRI MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN PIHAK KASTAM BERSAMA PIHAK SWASTA BIL 2/2010

20.08.2010 | Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Oleh : Wartawan Unit Media Baru DPMM Pusat

Mesyuarat Panel Perundingan Kastan bersama pihak swasta telah diadakan dengan jayanya pada 20.08.2010 bertempat di Dewan Sri Rampai, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Md. Yusop bin Haji Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri). Pihak DPMM Pusat telah diwakili oleh Tuan Haji Mohamed Fuaad Yusoff, Pengurus Pembangunan Usahawan DPMM Pusat.

Mesyuarat hari ini telah membincangkan 18 isu-isu yang belum selesai berbangkit dari Mesyuarat Panel Perundingan pada bulan Januari 2010 dan seterusnya membincangkan 19 isu-isu baru.

Menurut panel ini adalah forum terbaik untuk usahawan-usahawan DPMM membangkitkan isu-isu semasa atau cadangan-cadangan yang berkaitan percukaian yang membabitkan perniagaan semua usahawan. Oleh itu sekiranya usahawan/ahli DPMM menghadapi sebarang isu, masalah atau mempunyai cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan kastam dan kakitangannya yang ada hubung kait dengan KDRM bolehlah menghubungi Nama dan No. Telefon seperti dibawah;

Tuan Haji Mohamed Fuad Yusoff
Pengurus Pembangunan Usahawan
DPMM Pusat
Tel : 03-20962233
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan